Site icon TechNave BM

Oppo perkenal reka bentuk telefon dengan kamera pop-up di bahagian tepi

Oppo adalah syarikat yang sentiasa memberikan pengguna inovasi dari segi reka bentuk dan kamera melalui telefon pintar keluaran mereka. Kita dapat melihat reka bentuk yang dilengkapi dengan takuk (notch), skrin berlubang (punch hole) dan kamera pop-up pada keluaran telefon sebelum ini.

Sehingga kini semua reka bentuk kamera masih berada di bahagian atas pada telefon tetapi lain pula dengan reka bentuk Oppo yang terdapat di pangkalan data CNIPA (China National Intellectual Property Administration) dimana ianya memberi kita pandangan pertama tentang kamera pop-up yang berada di bahagian tepi.

Lakaran reka bentuk mendedahkan modul kamera motorized pop-up di bahagian kanan telefon. Seperti gambar yang kita lihat diatas terdapat dua lagi bentuk lensa kamera pada bahagian belakang dengan flash LED.

Pada bahagian sebelah kanan juga memaparkan butang power manakala di bahagian kiri pula tardapat butang kelantangan dan slot sim. Rekaan pada bahagian bawah dilengkapi dengan pembesar suara, penyambungan USB Type-C dan bicu audio.

Namun masih belum pasti sama ada ianya akan dimuatkan sebagai reka bentuk telefon sebenar seperti yang dijelaskan ataupun ianya hanyalah khabar angin sama sekali. Apa kata anda? Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita terkini dalam dunia telefon pintar!

Sumber:  GSMArena

Exit mobile version