Site icon TechNave BM

OPPO perkenal teknologi 125W Flash Charging yang boleh caj telefon penuh secepat 13 minit

Hari ini, OPPO telah mengumumkan sebuah teknologi pengecasan pantas 125W Flash Charging yang boleh mengecas penuh bateri 4,000mAh secepat 13 minit. Teknologi ini menggunakan 10 sensor suhu, multiple-tab double 6C cells dan tiga parallel charge pumps yang bekerja serentak untuk mempercepatkan kelajuan pengecasan tanpa berkompromi terhadap keselamatan.

Pada waktu ini, teknologi tersebut masih lagi dalam tahap konsep dan tiada peranti OPPO akan dilengkapi pengecasan itu dalam masa terdekat. Pengecasnya mempunyai kipas untuk menurunkan suhu sebanyak dua darjah Celcius.

Di samping itu, OPPO turut melancarkan teknologi pengecasan wayarles OPPO 65W AIRVOOC yang boleh mengecas bateri 4,000mAh dalam masa 30 minit sahaja. Terdapat juga beberapa pengecas baru termasuk OPPO 50W Mini SuperVOOC Charger dan 1120W Mini Flash Charger yang boleh mengecas pelbagai peranti seperti telefon pintar dan komputer riba.

Adakah anda ingin memiliki telefon dengan pengecasan 125W ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version