Site icon TechNave BM

OPPO perkenalkan warna baru untuk OPPO A91

Walaupun OPPO A91 baru dilancarkan pada 18 Mac lalu, OPPO sudah pun mengeluarkan warna terbaru untuk telefon pintar kelas pertengahan itu. Jika sebelum ini ia cuma boleh didapati dalam warna hitam Lightening Black dan biru Blazing Blue, kini peminat OPPO diberi pilihan satu lagi warna menarik iaitu putih Unicorn White.

Telefon terbaru dalam siri OPPO A ini dilengkapi skrin AMOLED FHD berukuran 6.4 inci, RAM 8GB, storan 128GB, bateri 4,025mAh dan pengecasan pantas VOOC 3.0 Flash Charge.

Daripada segi kamera, ia mempunyai empat kanta yang terdiri daripada sensor utama 48MP + sensor ultra-lebar 8MP + sensor potret 2MP + sensor monokrom 2MP manakala kamera selfie pula mempunyai sensor 16MP.

Layari laman web ini untuk melihat spesifikasi penuh serta tempat anda boleh membeli telefon ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk mendapatkan OPPO A91 dalam warna Unicorn White ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version