Site icon TechNave BM

OPPO Reno 7 SE bakal dilancar: Cipset Dimensity 920 dan skrin OLED 6.43″ berharga ~RM1,778

OPPO akan melancarkan siri Reno 7 pada 25 November ini tanpa versi Pro Plus kerana digantikan kepada versi SE. Terdapat pendedahan baharu mengenai spesifikasi Reno 7 SE.

Peranti ini akan dilengkapi dengan cipset Dimensity 920, tri-kamera dan bateri yang menyokong pengecasan pantas 65W. Menurut sumber, Reno 7 SE akan mempunyai versi 12/256GB manakala pengguna global mungkin akan mendapat versi 8/128GB.

Jika dilihat pada gambar di atas, skrin mungkin menggunakan skrin OLED 6.43” kerana tiada pengimbas cap jari di bahagian belakang dan sisi. Tri-kamera di bahagian belakang merupakan  kamera utama 64MP, ultra-lebar 8MP dan kamera tambahan 2MP. Kamera swafoto telefon ini nampaknya berkemampuan memberikan gambar yang jelas dengan 32MP.

Reno 7 SE tiba hadir dalam varian warna biru, hitam dan emas dengan harga CNY2,699 (~RM1,778) atau CNY2,899 (~RM1,909). Beri pendapat anda di Facebook kami mengenai peranti ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 91Mobiles

Exit mobile version