Site icon TechNave BM

OPPO Reno 8 bakal jadi telefon pertama dilengkapi Snapdragon 7 Gen 1

@DCS di Weibo mendedahkan bahawa cip siri Qualcomm Snapdragon 7 akan dikeluarkan secara besar-besaran pada akhir tahun ini. Laporan mengatakan bahawa telefon pintar pertama yang akan menggunakan cip ini adalah OPPO Reno 8.

Menurut laporan, Snapdragon 7 Gen 1 terdiri daripada empat teras Cortex A710 yang besar dan empat teras Cortex A510 yang kecil. Teras besar Cortex A710 dan teras kecil Cortex A510 kedua-duanya digunakan oleh Snapdragon 8 Gen 1. Walau bagaimanapun, frekuensi Cortex A710 Snapdragon 7 Gen 1 mungkin lebih rendah.

Jika dibandingkan dengan Cortex-A78, Cortex-A710 dikurangkan daripada enam kepada lima untuk meningkatkan kecekapan tenaga. Ringkasnya, Qualcomm Snapdragon 7 Gen 1 ialah cip siri Snapdragon 7 paling berkuasa pada masa ini. Cip ini lebih baik daripada Snapdragon 778G.

Terdapat juga laporan mengatakan cip siri Qualcomm Snapdragon 7 mungkin akan diperkenalkan bersama cip Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1 Plus pada bulan Mei tahun ini. Ini bermakna bahawa siri OPPO Reno 8 mungkin dilancarkan sekitar bulan Jun.

Menurut @DCS, OPPO Reno 8 akan hadir dengan skrin OLED 6.55 inci 120Hz dengan resolusi 2400 × 1080, memori LPDDR5 dan memori flash UFS 3.1 serta bateri 4,500mAh yang menyokong pengecasan SuperCharge 80W. Ia membawa kamera hadapan 32MP manakala tri-kamera belakang 50MP (IMX766) + sensor ultra lebar 8MP + sub-kamera 2MP. 

Siri OPPO Reno 8 akan membawa model lebih tinggi mungkin sebagai OPPO Reno 8 Pro. Namun, tiada sebarang maklumat mengenai versi lebih tinggi ini. Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizchina

Exit mobile version