Site icon TechNave BM

OPPO Reno Ace 2 dengan Snapdragon 865 bakal hadir bersama pengecasan wayarles AirVOOC OPPO 40W

Jika anda masih tidak tahu, OPPO bakal melancarkan OPPO Reno Ace 2 pada 13 April ini di China. Di sebalik pelancaran peranti ini, terdapat maklumat baru mengenai pengecasan wayarles AirVOOC OPPO 40W yang membuatkan kami untuk menjangkakan bahawa ia bakal hadir bersama semasa pelancaran nanti.

Sepintas lalu, OPPO Reno Ace 2 atau OPPO Ace2 (namanya di dalam poster) bakal hadir dengan cipset Snapdragon 865, paparan OLED 6.5 inci bersama kamera skrin berlubang dan tetapan kamera utama quad pada panel belakang. Ia juga dikatakan akan hadir dengan bateri 4000mAh bersama pengecasan pantas berwayar 65W dan pengecasan wayarles 40W. Kemunculan poster OPPO Reno Ace 2 turut mengesahkan bahawa peranti tersebut sememangnya bakal dilengkapi cipset Snapdragon 865 dan tetapan kamera quad.

Berkenaan pengecasan wayarles 40W, terdapat pengecasan wayarles AirVOOC OPPO 40W yang telah diluluskan oleh Wireless Power Consortium (WPC). Dengan ini, mungkinkah pengecasan wayarles 40W yang bakal hadir bersama OPPO Reno Ace 2 adalah pengecas ini? Jika anda lihat pada gambar, mungkin kedudukan peranti semasa dicas adalah di sebelah kanan, manakala di sebelah kiri pula, sumber menjangkakan terdapat kipas yang berfungsi untuk penyejukan semasa pengecasan.

Luahkan pandangan anda mengenai kedua-dua alat teknologi ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina 1, 2

Exit mobile version