Site icon TechNave BM

OPPO Reno14 F 5G dilancar: Bateri 6,000mAh, Snapdragon 6 Gen 1, AMOLED 120Hz

OPPO Malaysia bakal melancarkan dua telefon baru dalam siri Reno iaitu OPPO Reno14 dan OPPO Reno14 Pro pada 1 Julai 2025, namun sebelum pelancaran dua telefon ini, OPPO memperkenalkan satu lagi varian baharu iaitu OPPO Reno14 F 5G. Ia telah disenaraikan dalam laman web OPPO global dan besar kemungkinan akan dilancar untuk pasaran Malaysia, seperti telefon-telefon OPPO Reno F pada tahun lalu.

Di bahagian belakang, telefon ini mempunyai hiasan Irisdescent Glow Process yang nampak seperti kain yang berkilat. Ia akan ditawarkan dalam warna biru muda Opal Blue, hijau Luminous Green dan merah jambu Glossy Pink. Ia juga mempunyai rating kalis air dan debu IP69.

Skrinnya menggunakan panel OLED berukuran 6.57 inci dengan resolusi Full HD+, kadar segar semula 120Hz, nisbah skrin-ke-badan sebanyak 93.04% dan sokongan Splash Touch yang memudahkan anda berinteraksi dengan skrin walaupun jari basah.

Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset Qualcomm Snapdragon 6 Gen 1, RAM LPDDR4X sehingga 12GB storan dalaman UFS3.1 sehingga 512GB dan bateri berkapasiti 6,000mAh yang menyokong kadar pengecasan pantas 45W SUPERVOOC. OPPO mengatakan baterinya boleh bertahan sehingga 2.24 hari, manakala pengecasan penuh daripada 1% mengambil masa 79 minit.

Kameranya terdiri daripada kamera utama 50MP dengan sensor Sony IMX882 dan kamera ultra-lebar 8MP di belakang, serta kamera hadapan 32MP. Untuk Reno F kali ini, OPPO memfokuskan pada kebolehan AI Flash Photography, AI Flash Livephoto, AI Livephoto Export dan AI Editor 2.0.

Buat masa ini, masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia, namun kami menjangkakan kehadirannya tidak lama lagi. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: OPPO Global

Exit mobile version