Site icon TechNave BM

OPPO Reno3 Pro bakal datang dengan dwi-kamera pada bahagian hadapan?

Sebuah gambar OPPO Reno3 Pro dari India sudah pun timbul dalam internet dan peminat OPPO kini boleh melihat rupa luaran telefon pintar itu. Ia akan dilengkapi dwi-kamera selfie di bahagian hadapan yang merupakan gabungan kamera 44MP dan unit pengesan kedalaman.

OPPO masih belum memberi sebarang butiran tentang Reno3 Pro tetapi gambar unit replika peranti itu menunjukkan ia dilengkapi empat kamera di bahagian belakang dengan kamera utama 64MP untuk model India dan 48MP untuk model China.

Gambar itu juga menunjukkan varian India akan menyokong 30W VOOC Flash Charge 4.0, RAM 8GB dan storan 12GB. Tiada butiran lanjut disediakan pada unit replika itu.

Adakah anda berminat dengan Reno3 Pro atau Reno2 yang baru sahaja dikurangkan harga? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version