Terkini, OPPO Mesir telah melancar salah satu keluarga baru dalam siri OPPO Reno4 iaitu OPPO Reno4 Mo Salah Edition di pasaran Mesir. Berinspirasikan bintang bola sepak dari negara mereka yang tampil dalam kelab bola sepak Liverpool, peranti ini tampil dengan rekaan yang sangat menarik.
Rekaan berinsipirasikan Salah ini menggunakan kombinasi warna kelabu dan merah dengan grafik Salah di belakang peranti. Turut hadir adalah tandatangan eksklusif Salah tercetak di panel belakang peranti. Menurut kami, rekaan ini agak menarik dan unik kerana jarang sekali jenama telefon pintar mengambil bintang bola sepak sebagai inspirasi rekaan mereka.
Sepintas lalu, OPPO Reno4 Mo Salah Edition ini dilengkapi spesifikasi yang sama dengan OPPO Reno4 versi standard. Ia hadir dengan Snapdragon 720G, skrin OLED 6.4 inci, RAM 8GB + storan 128GB dan pengecasan pantas 30W. Ia turut tampil dengan tetapan kamera sama dengan ciri kamera AI Color Portrait dan sebagainya.
OPPO Reno4 Mo Salah Edition boleh didapati di pasaran Mesir dengan harga 6,590 Paun Mesir (~RM1,728). Setakat ini, ianya hanya eksklusif di pasaran tersebut sahaja. Adakah anda peminat Salah? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: IT Home

