Site icon TechNave BM

OPPO Reno4 SE 5G dilancar: Dimensity 720, AMOLED 6.43 inci, cas pantas 65W bermula ~RM1,520

OPPO telah melancarkan telefon pintar OPPO Reno4 SE 5G di China baru-baru ini, iaitu telefon kelas pertengahan terbaru dalam siri Reno4. Antara spesifikasi yang menarik dalam telefon ini adalah skrin AMOLED yang agak besar, pengecasan pantas 65W dan tiga kamera di belakang.

Skrinnya yang berukuran 6.43 inci adalah paparan AMOLED dengan resolusi 1080×2400, kadar segar semula 60Hz, nisbah aspek 20:9, nisbah skrin-ke-badan sebanyak 90.8% dan lubang punch hole di bahagian atas kiri. Telefon ini turut mempunyai cipset MediaTek Dimensity 720 2.4GHz, RAM 8GB dan storan dalaman 256GB yang boleh dibesarkan dengan kad microSD.

OPPO Reno4 SE turut mempunyai bateri 4,300mAh yang boleh dicas menggunakan teknologi SuperVOOC 2.0 65W Flash Charge, yang boleh mengecas penuh selama 37 minit sahaja. Daripada segi kamera, ia terdiri daripada kamera utama 48MP f/1.7, kamera ultra-lebar 8MP f/2.2 dan kamera makro f/2.4 manakala di hadapan pula terdapat kamera swafoto 32MP f/2.4 yang menyokong penstabilan imej elektronik (EIS), mod potret dan banyak lagi.

OPPO Reno4 SE terdapat dalam dua varian memori iaitu 8GB+128GB berharga CNY2,499 (~RM1,520) dan 8GB+256GB pada harga CNY2,799 (~RM1,703). Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version