Site icon TechNave BM

OPPO Reno5 dijangka hadir dengan 3 cipset berbeza : Snapdragon 765G, Dimensity 1000 dan Snapdragon 865

Pada bulan Ogos yang lalu, OPPO telah melancarkan siri telefon pintar Reno4 di Malaysia dan ianya hadir dengan ciri yang menarik seperti pengecasan pantas 65W, kamera 48MP dan skrin 90Hz.

Kini, sumber terbaru menunjukkan sedikit butiran mengenai generasi baru untuk siri Reno iaitu siri Reno5. Berdasarkan sumber ini, siri Reno5 bakal dilancarkan pada Disember ini dengan tiga model berbeza yang menggunakan cipset Snapdragon 765G, Dimensity 1000 dan Snapdragon 865.

Ketiga-tiga model telefon ini dijangka akan menggunakan reka bentuk skrin punch-hole dan model tertinggi bakal hadir dengan reka bentuk melengkung bersama kadar segar semula yang tinggi.

Sumber juga menunjukkan gambar penyenaraian 3C untuk nombor model OPPO PEGM00 dan PDRM00. Kedua-dua fon ni dijangka akan dilengkapi pengecasan pantas 65W.

Tambahan lagi, telefon siri Reno5 ini juga dijangka hadir dengan skrin AMOLED dengan RAM setinggi 12GB serta perisian Android 11.

Adakah anda berminat dengan siri Reno5 ini? Komen pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version