Site icon TechNave BM

OPPO Reno5 edisi Marvel dilancar : Reka bentuk menarik, harga bermula ~RM1,630

Beberapa tahun yang lalu, OPPO telah berkolaborasi bersama Marvel untuk menghasilkan edisi khas OPPO F11 Pro mereka. Kini, OPPO dilihat telah sekali lagi menghasilkan edisi khas bersama Marvel untuk telefon OPPO Reno5 4G.

Peranti edisi khas ini dilihat muncul di pasaran Indonesia dan hanya sebilangan peminat sahaja bakal menerimanya. Telefon ini akan mula memasuki pasaran pada 15 Mac ini dan dijual pada tanda harga IDR 5,700,000 (~RM1,630).

Namun, bukan harga sahaja yang memainkan peranan untuk mendapatkan telefon edisi khas ini. Jika peminat inginkan telefon ini, mereka juga perlu membeli kod unik yang hanya diberikan oleh beberapa akaun Instagram yang berkaitan (termasuk @OppoIndonesia).

Telefon edisi khas ini dilihat hadir dengan logo Avengers di panel belakangnya. Selain dari itu, sarung telefon dan beberapa aksesori lain juga hadir dengan reka bentuk unik dari Marvel dan berwarna merah kehitaman.

Adakah anda inginkan telefon edisi khas ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version