Site icon TechNave BM

OPPO Reno5 F akan dilancar di Malaysia pada 15 April

Selepas melancarkan siri OPPO Reno5 5G pada bulan Januari, OPPO Malaysia akan melancarkan varian terbaru dalam siri tersebut, OPPO Reno5 F, pada hari Khamis 15 April jam 3:30 petang. Pelancaran tersebut bakal menampilkan dua selebriti tempatan iaitu MK K-Clique dan Loca B! yang akan menyanyikan lagu baru sempena pelancaran Reno5 F.

Pelancaran tersebut bakal disiarkan secara langsung di laman Facebook dan YouTube rasmi OPPO Malaysia di mana penonton berpeluang memenangi hadiah menarik, termasuklah lima buah OPPO Reno5 F dan lima utas gelang tangan pintar OPPO Band.

Anda juga boleh membuat pra-tempahan untuk OPPO Reno5 F sekarang dengan bayaran pendahuluan sebanyak RM100 dan anda bakal memenangi hadiah menarik bernilai RM238 termasuklah jaminan skrin retak selama satu tahun dan kotak hadiah bernilai RM99. Layari laman web OPPO Malaysia untuk maklumat lanjut tentang promosi pra-tempahan ini yang hanya ditawarkan sehingga 14 April sahaja.

Sebelum ini, Reno5 F telah pun dilancar di Kenya dan ia dilengkapi cipset MediaTek Helio P95, skrin AMOLED 6.43 inci Full HD+, RAM 8GB, storan 128GB, bateri 4,310mAh, pengecasan pantas 30W dan empat kamera.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan OPPO Reno5 F dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version