Site icon TechNave BM

OPPO Reno5 F dilancar di Malaysia: 4 kamera 48MP, AMOLED 6.43 inci, cas pantas 30W berharga RM1,199

OPPO Malaysia hari ini telah melancarkan telefon kelas pertengahan baru iaitu OPPO Reno5 F. Telefon ini dilengkapi pelbagai fungsi fotografi yang menarik dengan empat kamera 48MP yang menyediakan pelbagai fungsi seperti Dynamic Bokeh, Night Flare Portrait, AI Colour Portrait, AI Beautification 2.0 dan banyak lagi.

Daripada segi rakaman video, ia boleh merekod video dalam mod AI Colour Portrait Video untuk warna yang cantik, Monochrome Video untuk memilih dua warna sahaja dalam video dan Dual-View untuk merakam gambar dengan kamera hadapan dan kamera utama serentak.

Badan telefon ini juga menampilkan rekaan yang menarik, dengan kenipisan 7.8mm dan berat 172 gram sahaja untuk penggunaan mudah. Ia terdiri dalam tiga pilihan warna dengan rekaan Flowing Light Design untuk permukaan belakang yang berkilauan.

Ia turut menampilkan spesifikasi menarik untuk skrin iaitu AMOLED Full HD+ berukuran 6.43 inci dan mod Game Focus Mode untuk mengaktifkan prestasi pantas dan menghalang panggilan atau mesej sewaktu bermain game.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk OPPO Reno5 F:

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version