Site icon TechNave BM

OPPO Reno5 F dilancar: Helio P95, AMOLED 6.43 inci, kamera kuad 48MP, RAM 8GB bermula ~RM1,183

OPPO telah melancarkan telefon pintar kelas pertengahan yang baru iaitu OPPO Reno5 F yang dilengkapi cipset MediaTek Helio P95 serta skrin AMOLED berukuran 6.43 inci dengan resolusi 1080×2400 dan kadar bacaan sentuhan 180Hz sewaktu Game Mode diaktifkan.

Ia turut dilengkapi RAM 8GB, storan dalaman 128GB, bateri 4,310mAh, pengecasan pantas VOOC Charge 30W dan sistem operasi ColorOS 11 berdasarkan Android 11.

Untuk kamera pula, ia mempunyai empat kamera yang terdiri daripada kamera utama 48MP f/1.7, kamera ultra-lebar f/2.2 dengan sudut penglihatan 119°, kamera makro f/2.4 dan kamera mono f/2.4. Untuk kamera swafoto pula, ia mempunyai kamera 32MP yang berada dalam lubang punch hole di bahagian atas kiri skrin.

OPPO Reno5 F dilancar di Kenya dengan harga KES31,499 (~RM1,183) dan setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: OPPO

Exit mobile version