Site icon TechNave BM

OPPO Reno5 K 5G dilancar: Spesifikasi seperti OPPO Reno5, beza cipset Snapdragon 750G

Setelah melancarkan siri OPPO Reno5 di pasaran, OPPO kini telah melancarkan OPPO Reno5 K 5G di pasaran China. Sepertinya, OPPO Reno5 K 5G memiliki banyak persamaan spesifikasi dengan siri OPPO Reno5 terdahulu, tetapi dengan cipset berbeza.

OPPO Reno5 K 5G memiliki persamaan spesifikasi seperti OPPO Reno5 dengan skrin Super AMOLED 90Hz, cas pantas 65W dan kamera kuad 64MP. Perbezaannya hanyalah pada cipset iaitu janaan cipset Snapdragon 750G. Anda boleh menyemak spesifikasi asasnya seperti di bawah.

Setakat ini, OPPO China masih tidak mengumumkan harganya. Kami juga tidak mempunyai maklumat jika ia bakal dipasarkan di pasaran Malaysia. Apa pun, harga di pasaran China bakal diumumkan mungkin pada 6 Mac, iaitu tarikh rasmi penjualannya.

Kongsi pandangan anda mengenai perkara ini di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: OPPO China

Exit mobile version