Site icon TechNave BM

OPPO Reno5 Pro+ 5G dilancar 24 Disember ini, dilengkapi lensa periskop, Snapdragon 865

Telefon siri Reno 5 dari OPPO bakal mendapat tambahan model dalam masa terdekat. Model terbarunya adalah Reno5 Pro+ dan ia dilhat hadir dengan cipset andalan Snapdragon 865 5G.

Reno5 Pro+ akan menjadi telefon yang ketiga dari siri Reno yang hadir dengan cipset siri Snapdragon 800 selepas Reno 5G dan Reno Ace yang telah dilancarkan pada tahun lepas. Reno 5G dilengkapi cipset Snapdragon 855 manakala Reno Ace dengan Snapdragon 855+.

Terbaru, OPPO menunjukkan sebuah poster untuk peranti Reno 5 Pro+ ini bersama tarikh pelancarannya iaitu pada 24 Disember ini. Telefon ini akan ditawarkan dengan dua pilihan warna, hitam dan biru campuran dengan kemasan kilau (Reno Glow).

OPPO Reno 5 Pro+ ini akan hadir dengan skrin 6.55 inci AMOLED punch-hole dengan dimensi 159.9 x 72.5 x 7.99 mm dan berat 184g. Pada bahagian belakang pula, ia dilengkapi 4 kamera dengan satu lensa periskop.

Berdasarkan sumber sebelum ini, ia akan menggunakan kamera utama 50MP Sony IMX766, kamera ultra lebar 16MP dan kamera makro 2MP. Kamera swafotonya pula menggunakan sensor 32MP.

Untuk spesifikasi yang lain, ia akan hadir dengan bateri 4,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 65W. Ia juga dikhabarkan akan dilengkapi antara muka ColorOS 11 bersama Android 11.

Lihat artikel lepas mengenai siri OPPO Reno5.

Adakah ianya akan memasuki ke pasaran Malaysia kelak? Nantikan berita lanjut mengenai OPPO Reno 5 Pro+ ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi utama.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version