Site icon TechNave BM

OPPO Reno5 Pro+ dilancar: Snapdragon 865, cas 65W, boleh bertukar warna, bermula ~RM2,487

Terkini, OPPO telah melancarkan sebuah lagi varian baharu yang merupakan varian tertinggi dalam siri OPPO Reno5. OPPO Reno5 Pro+ kini rasmi di pasaran China dengan beberapa spesifikasi menarik.

Antara spesifikasi menarik yang ada pada OPPO Reno5 Pro+ adalah rekaan berteknologi elektrokromik pada panel belakang OPPO Reno5 Pro+ edisi artis yang berupaya untuk berubah warna. Kedua-dua edisi standard dan edisi khas dilengkapi Snapdragon 865, kamera kuad 50MP (sensor Sony IMX766) dan sokongan cas pantas 65W. Anda boleh menyemak spesifikasi rasminya di bawah.

Lebih menarik, OPPO Reno 5 Pro+ memiliki rekaan bingkai atas yang bercahaya dalam gelap.

Untuk pengetahuan anda, sensor utama lensa 50MP ialah sensor IMX766 dari Sony dengan teknologi pengimejan DOL-HDR dan algoritma video pemandangan malam yang dibina sendiri. Tangkapan gambar dan rakaman video melalui sensor Sony IMX766 ini adalah lebih baik kerana prestasi input cahayanya meningkat 63.8% lebih baik daripada Sony IMX586.

Terdapat juga teknologi Hyper Boost 4.0, sistem penyejukan cecair VC dan pembesar suara stereo untuk pengalaman gaming, serta hiburan yang lebih baik.

Sebagai tambahan, OPPO Reno5 Pro+ Edisi Khas Artis turut dilancarkan. Ia memiliki spesifikasi yang sama dengan OPPO Reno5 Pro+, tetapi dengan rekaan panel belakang yang berbeza. Melalui teknologi elektrokromik, anda boleh mengubah warna belakang peranti dengan hanya mengetuk telefon anda dua kali menggunakan jari anda.

Setakat ini, kedua-dua model peranti baharu ini hanya dipasarkan di pasaran China. Memandangkan kita ada menerima siri OPPO Reno4 di pasaran Malaysia, jadi kita boleh menjangkakan kehadiran siri OPPO Reno5 di pasaran Malaysia.

Harga OPPO Reno5 Pro+:

Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version