Site icon TechNave BM

OPPO Reno5 versi 4G dilancar: Snapdragon 720G, kamera swafoto 44MP, cas 50W berharga ~RM1,520

Semalam, OPPO telah melancarkan OPPO Reno5 versi 4G di Vietnam. Memandangkan rangkaian 5G di Malaysia masih lagi tidak meluas, mungkin OPPO bakal melancarkan varian ini di negara Malaysia juga. OPPO Reno5 4G berharga VND 8,690,000 (~RM1,520) di pasaran Vietnam.

Untuk pengetahuan anda, OPPO telah melancar siri OPPO Reno5 5G beberapa minggu yang lalu, disusuli dengan OPPO Reno5 Pro+. OPPO Reno5 4G ini memiliki spesifikasi yang agak sama dengan OPPO Reno4 4G terdahulu termasuklah janaan cipset Snapdragon 720G. Anda boleh melihat spesifikasi asas OPPO Reno5 4G seperti di bawah.

OPPO Reno5 4G boleh didapati di pasaran Vietnam dalam pilihan warna Mysterious Black dan Silver. Setakat ini, kami masih tidak mengetahui sama ada pasaran Malaysia bakal menerima OPPO Reno5 5G atau OPPO Reno5 4G.

Beritahu komen anda mengenai peranti ini di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version