Site icon TechNave BM

OPPO Reno5 Z 5G dilancar: Dimensity 800U, cas pantas 30W bermula ~RM1,631

OPPO telah melancarkan telefon kelas pertengahan terbaru OPPO Reno5 Z 5G di Singapura dengan harga bermula SGD529 (~RM1,631). Telefon ini agak serupa dengan OPPO F19 Pro+ 5G yang dilancar di China dan India baru-baru ini.

OPPO Reno5 Z 5G dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 800U, RAM 8GB dan storan 128GB yang boleh dibesarkan. Rekaannya nampak sama dengan telefon Reno5 yang lain, dengan skrin AMOLED 6.43 inci Full HD+ dan pengimbas cap jari di dalam skrin.

Spesifikasi utama untuk Reno5 Z 5G

Daripada segi kamera di belakang, ia dilengkapi kamera utama 48MP, kamera ultra-lebar 8MP, sensor kedalaman 2MP dan kamera makro 2MP manakala di hadapan pula terdapat kamera swafoto 16MP. Telefon ini turut mempunyai bicu audio 3.5 mm dan bateri 4,310mAh yang boleh dicas dengan 30W VOOC Flash Charge.

Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version