Site icon TechNave BM

OPPO Reno6 4G dilancar: Cipset Snapdragon 720G, AMOLED 90Hz, 4 kamera 64MP bermula ~RM1,520

OPPO Malaysia bakal melancarkan siri OPPO Reno6 pada bulan Ogos 2021, namun negara jiran kita Indonesia telah pun menerima pelancaran OPPO Reno6 4G yang dilengkapi cipset Snapdragon 720G iaitu cipset 4G kelas pertengahan yang dilancar pada 2020.

Telefon ini dilengkapi skrin AMOLED Full HD+ 90Hz berukuran 6.43 inci, menyokong gamut warna DCI-P3 serta pengimbas cap jari di dalam skrin. Ia turut dilengkapi RAM 8GB, storan dalaman 128GB, perisian ColorOS 11.1, bateri 4,310mAh dan pengecasan pantas 50W.

Untuk kamera, ia dilengkapi kamera utama 64MP, kamera ultra-lebar 8MP, kamera makro 2MP dan kamera mono 2MP. Kamera swafotonya mempunyai resolusi yang agak tinggi iaitu 44MP.

Ia akan dijual pada harga IDR5,199,000 (~RM1,520) di Indonesia dan setakat ini masih tiada maklumat jika ia akan turut dilancar dalam Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan mana-mana varian OPPO Reno6 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: OPPO Indonesia

Exit mobile version