Site icon TechNave BM

OPPO Reno6 5G dilancar di Malaysia: 3 kamera 64MP, Dimensity 900, cas pantas 65W bermula RM1,699

OPPO Malaysia hari ini telah melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan terbaru iaitu Reno6 yang terdiri daripada OPPO Reno6 5G dan OPPO Reno6 Z 5G. Telefon ini dilengkapi fungsi fotografi yang sangat menarik seperti Portrait Beautification Video, Focus Tracking, Bokeh Flare Portrait dan AI Highlight Video untuk membantu pengguna menghasilkan gambar dan video menawan.

Kedua-dua telefon dilengkapi tiga kamera di belakang termasuk kamera utama 64MP, manakala di hadapan pula adalah kamera swafoto 32MP. Untuk spesifikasi dalaman pula, Reno6 5G adalah telefon pertama dalam dunia yang dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 900 yang dibuat dengan proses 6nm. Sementara itu, Reno6 Z 5G dilengkapi cipset Dimensity 800U.

Reno6 5G dilengkapi teknologi RAM Expansion yang menggunakan sebahagian storan dalaman untuk dijadikan RAM tambahan sebanyak 2GB, 3GB atau 5GB kepada RAM sebenar. Reno6 5G turut dilengkapi pengecasan pantas 65W SuperVOOC 2.0 yang boleh mengecas penuh sepantas 28 minit sahaja, manakala Reno6 Z 5G menyokong pengecasan 30W yang memerlukan 49 minit untuk pengecasan penuh.

Selain itu, siri Reno6 menampilkan skrin AMOLED berukuran 6.4 inci dengan teknologi SGS Eye Care Display untuk pancaran cahaya biru yang rendah dan 360-degree Light-Sensing untuk melaraskan keterangan skrin secara automatik dengan lebih tepat. Berikut adalah spesifikasi penuh untuk siri OPPO Reno6:

OPPO Reno6 5G

OPPO Reno6 Z 5G

Pra-tempahan untuk siri Reno6 5G akan dibuka bermula 5 Ogos hingga 13 Ogos, di mana setiap pra-tempahan akan disertakan dengan hadiah percuma bernilai RM779 iaitu OPPO Enco Buds, servis Cloud HeyTap 1TB selama setahun, power bank, Smart Tag dan pembesar suara Bluetooth. Khas untuk ahli My OPPO App, anda boleh dapatkan kod promo RM100 apabila anda ingin membeli Reno6 5G serta baucar Shopee bernilai RM30.

Pra-tempahan akan dibuka di My OPPO Space, cawangan OPPO, pengedar sah, rakan telko, platform e-dagang dan rangkaian kedai yang diiktiraf. Penjualan rasmi akan bermula pada 14 Ogos. Layari laman web OPPO Malaysia untuk maklumat lanjut.

Selain Reno6 5G, OPPO Malaysia turut melancarkan fon telinga wayarles OPPO Enco Air True Wireless Earphones. Ia dilengkapi pemacu titanium 12mm untuk menghasilkan audio berkualiti tinggi, manakala baterinya boleh bertahan sehingga 24 jam. Pengecasan selama 10 minit sahaja boleh memainkan audio selama lapan jam.

Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli siri Reno6 5G dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version