Site icon TechNave BM

OPPO Reno6 akan dilancar di Malaysia pada 5 Ogos 2021

Selepas siri OPPO Reno6 diperkenalkan di China pada bulan Mei lalu, kini ia akan diperkenalkan dalam pasaran Malaysia pada hari Khamis, 5 Ogos 2021 jam 6:30 petang. Pelancaran tersebut akan disiarkan secara langsung melalui laman Facebook dan YouTube OPPO Malaysia.

Selain pelancaran telefon itu, 15 penonton bertuah bakal membawa pulang telefon pintar OPPO Reno6 Z 5G serta jam tangan OPPO Watch. Beberapa selebriti tempatan akan membuat penampilan khas dalam pelancaran tersebut, seperti Puteri Aishah, Elizabeth Tan dan SonaOne.

Pelancaran siri Reno6 di China terdiri daripada OPPO Reno6, OPPO Reno6 Pro dan OPPO Reno6 Pro+. Setakat ini masih tidak diketahui sama ada ketiga-tiga varian tersebut akan dilancar untuk pasaran Malaysia.

Layari laman web OPPO Malaysia untuk maklumat lanjut tentang pelancaran ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version