Site icon TechNave BM

OPPO Reno7 Lite dilancarkan, penjenamaan semula Reno7 Z 5G & F21 Pro 5G

OPPO telah mengumumkan telefon pintar OPPO Reno7 Lite 5G untuk Eropah Tengah dan Timur. Ia adalah versi penjenamaan semula OPPO Reno7 Z 5G di beberapa negara Asia dan sebagai nama OPPO F21 Pro 5G di India.

Skrin OLED 6.43 inci pada OPPO Reno7 Lite 5G mempunyai lubang tebuk (punch-hole) di sudut kiri atas dengan resolusi FHD+ dan kadar penyegaran semula 120Hz serta membawa pengimbas cap jari. Ia membawa kamera swafoto 16MP dan tri-kamera 64MP + sensor ultralebar 8MP + kedalaman 2MP bersama flash LED. Keliling kamera menyala apabila terdapat pemberitahuan atau semasa mengecas.

Reno7 Lite 5G menampilkan cipset Snapdragon 695, RAM 8GB (boleh dibesarkan sehingga 5GB) dan storan 128GB. serta bateri 4,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W. Ia hadir dengan perisian ColorOS 12 berdasarkan Android 12. Peranti ini berketebalan 7.5mm dan berat sekitar 173 gram.

Harga peranti masih belum disahkan, tetapi yang pasti ia hadir dalam warna Cosmic Black dan Rainbow Spectrum (kilauan pelangi boleh bertukar warna). Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version