Site icon TechNave BM

OPPO Reno8 5G dalam warna baharu, Sunkissed Beige dengan peningkatan kapasiti RAM

OPPO telah melancarkan varian warna baharu untuk Reno8 5G yang menampilkan warna emas muda iaitu Sunkissed Beige. Ia membawa kapasiti RAM yang dipertingkatkan sebanyak 12GB.

OPPO Reno8 5G telah dilancarkan pada bulan Julai tahun ini dilengkapi dengan sensor SONY IMX766 di bahagian belakang dengan saiz sensor 1/1.56 inci yang besar. Ia juga menampilkan pengecasan pantas SUPERVOOC 80W dan ROM 256GB.

Sunkissed Beige berinspirasikan alam semula jadi membawa badan yang nipis dalam warna emas yang terang dengan bintik-bintik berkilauan apabila terkena cahaya. Peranti ini juga dikuasakan oleh Dual Sony Flagship Sensors dan beberapa ciri pengimejan yang dipertingkatkan AI seperti Ultra Night Video dan Night Portrait.

OPPO Reno8 5G Sunkissed Beige mengekalkan harganya, RM 2,399 walaupun hadir dengan peningkatan RAM. Setiap pembelian OPPO Reno8 5G Sunkissed Beige dari hari ini hingga 31 Januari 2023 akan disertakan dengan Pelan Perlindungan Skrin 1 Tahun OPPO Care dan Waranti Lanjutan 1 Tahun. Pelanggan juga layak mendapat tawaran PWP (purchase with purchase) yang membolehkan mereka membeli Enco Buds2 pada hanya RM 10.

OPPO Reno8 5G Sunkissed Beige boleh didapati di semua My OPPO Space, kedai jenama OPPO, kedai dalam talian rasmi OPPO serta rakan kongsi telko, e-dagang dan kedai rangkaian OPPO. 

Anda boleh lawati laman web rasmi OPPO untuk ketahui lebih lanjut mengenai peranti ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version