Site icon TechNave BM

OPPO Reno8 dengan warna ungu Iris Purple dilancar, bermula ~RM1,610

OPPO telah melancarkan pilihan warna baharu untuk siri telefon pintar kelas pertengahan OPPO Reno8 di China iaitu warna ungu Iris Purple. Selain warna yang baharu, telefon ini juga mempunyai corak ombak di belakangnya.

Warna ungu ini adalah yang terbaru untuk siri Reno8, selain daripada warna sedia ada iaitu Clear Sky Blue, Slightly Drunk dan Night Tour Black untuk Reno8 dan Micro Drunk, Encounter Blue dan Night Tour Black untuk Reno8 Pro.

Selain daripada telefon baharu ini, OPPO turut melancarkan kotak hadiah Summer Flower Fairy Purple Gift Box yang mempunyai minyak wangi dengan harga CNY39.90 atau ~RM26.

OPPO Reno8 dalam warna Iris Purple
OPPO Summer Flower Fairy Purple Gift Box

Reno8 dengan ungu Iris Purple ini ditawarkan di China pada harga:

Untuk Reno8 Pro pula, ia dijual di China pada harga:

Setakat ini masih tiada maklumat tentang Reno9 di Malaysia, namun memandangkan siri OPPO Reno adalah antara telefon yang paling laris di sini, ia mungkin akan dilancar dalam masa terdekat.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Weibo

Exit mobile version