Site icon TechNave BM

OPPO Reno8 Pro bakal jadi telefon pertama dengan Snapdragon 7 Gen 1

Pada minggu lalu, Qualcomm telah memperkenalkan cipset terbaru untuk telefon pintar kelas pertengahan iaitu Snapdragon 7 Gen 1. Kini, OPPO mengesahkan bahawa mereka bakal melancarkan telefon pertama yang dilengkapi cipset itu iaitu OPPO Reno8 Pro.

Dalam sebuah poster yang dimuat naik di Weibo, OPPO mengatakan Reno8 Pro akan dilengkapi Snapdragon 7 Gen 1 yang dibina dengan nod proses 4nm Samsung dan menawarkan peningkatan prestasi sebanyak 20 peratus untuk GPU dan 30 peratus untuk pemprosesan AI.

Selain itu, OPPO juga mengatakan Reno8 Pro bakal menjadi telefon kelas pertengahan pertama yang dilengkapi cip pengimejan MariSilicon X untuk meningkatkan mutu fotografinya. Ini adalah cip sama yang diperkenalkan dalam telefon andalan OPPO Find X5 Pro sebelum ini.

MariSilicon X menjanjikan prestasi penggambaran malap yang lebih terang dan kurang noise, serta penstabilan yang lebih kukuh.

Spesifikasi yang dikhabarkan untuk Reno8 Pro termasuklah skrin AMOLED 6.43 inci, RAM 8GB, storan dalaman 128GB atau 256GB dan tiga kamera di belakang. Ia akan dilancar pada 23 Mei 2022 (hari ini) untuk pasaran China.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version