Site icon TechNave BM

OPPO Reno8 T 5G akan dilancar di Malaysia pada 7 Februari 2023

OPPO Malaysia bakal melancarkan telefon pintar kelas pertengahan OPPO Reno8 T 5G pada hari Selasa, 7 Februari 2023. Seperti telefon lain dalam siri Reno, siri Reno8 T bakal mempunyai beberapa fungsi kamera yang menarik, terumanya dalam mod Potret.

OPPO Reno8 T 5G bakal menjadi telefon OPPO pertama yang dilengkapi kamera potret 108MP untuk butiran gambar yang lebih tinggi. Ia juga bakal mempunyai teknologi NonaPixel Plus dan algoritma AI Portrait Super Resolution untuk menghasilkan gambar mod potret yang lebih baik.

Antara fungsi kamera yang ditawarkan termasuklah Bokeh Flare Portrait, Selfie HDR dan Dual-View Video yang sudah terdapat dalam telefon-telefon Reno sebelum ini. Untuk rekaannya pula, Reno8 T 5G bakal mempunyai sisi yang melengkung untuk pegangan yang lebih selesa.

Buat masa ini, spesifikasi yang sudah disahkan termasuklah skrin dengan kadar segar semula 120Hz, kamera potret 108MP, pengecasan pantas SUPERVOOC 67W dan bateri 4,800mAh.

Layari laman web OPPO untuk maklumat lanjut mengenai telefon ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version