Site icon TechNave BM

OPPO Reno8 T mungkin akan dilancar pada Februari 2023

OPPO dikhabar bakal melancarkan telefon pintar kelas pertengahan pertama untuk tahun ini iaitu OPPO Reno8 T pada bulan Februari. Laman web OPPO Indonesia telah pun memuat naik beberapa gambar iklan untuk siri telefon tersebut dan menunjukkan rekaannya.

Seperti telefon-telefon Reno sebelum ini, Reno8 T mempunyai cogan kata Portrait Expert yang mengetengahkan kebolehan fotografinya, manakala varian utamanya terdiri daripada dua iaitu varian 4G dan 5G.

Reno8 T 4G mungkin mempunyai dua pilihan warna iaitu hitam dan oren dengan permukaan belakang yang dibuat daripada kulit, manakala Reno8 T 5G pula mempunyai dua pilihan warna iaitu hitam dan putih yang berkilauan. Kedua-dua varian bakal mempunyai dua bulatan besar di belakang yang menempatkan tiga kamera dan lampu denyar LED.

Siri OPPO Reno8 T bakal mempunyai kamera potret 100MP, namun masih tidak pasti jika kedua-dua varian akan dilengkapi kamera tersebut. Ini membuatkannya lebih jelas berbanding kamera 50MP dalam siri Reno8 asal.

Reno8 T 4G juga dikhabarkan bakal mempunyai Orbit Light iaitu lampu yang berada di lingkaran bonggol kameranya. Ini mungkin adalah Orbit Light serupa yang terdapat pada Reno7 Pro sebelum ini, di mana lampu tersebut akan menyala sewaktu mendapat panggilan telefon atau mengecas telefon.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan OPPO Reno8 T dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version