Site icon TechNave BM

OPPO Reno8 Z 5G dilancar di Malaysia: SD 695, skrin AMOLED 6.4″ & bateri 4,500mAh berharga RM1,799

Hari ini, OPPO Malaysia telah melancarkan OPPO Reno8 Z 5G di Malaysia yang merupakan varian siri Reno8. Peranti ini dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 695 yang dipasangkan dengan RAM 8GB.

Seperti peranti OPPO yang lain, Reno8 Z 5G menyokong sambungan RAM maya yang sehingga RAM 5GB dan storan 256GB. Peranti ini membawa paparan AMOLED 6.4 inci dengan kadar penyegaran 60Hz, resolusi FHD+ dan bateri 4,500mAh yang menyokong pengecasan pantas SUPERVOOC 33W.

Daripada segi kamera, Reno8 Z 5G mempunyai kamera utama 64MP + kedalaman 2MP + makro 2MP dan kamera hadapan 16MP. Reno8 Z 5G boleh didapati dalam warna hitam dan Dawnlight Gold pada harga RM1,799 untuk varian 8/256GB. Peranti ini akan mula dijual pada 26 Ogos 2022 dengan tawaran hadiah percuma bernilai sehingga RM997 untuk pembelian jualan pertama peranti itu.

Tawaran ini termasuk fon telinga TWS yang bernilai RM109 dan MY OPPO Members bernilai sehingga RM888. Pembelian boleh dibuat di semua kedai My OPPO Space, kedai jenama OPPO, kedai dalam talian rasmi OPPO, rakan kongsi telco, rakan kongsi E-comm dan rakan kongsi kedai rangkaian OPPO.

Sempenapelancaran peranti ini, OPPO turut mengadakan Karnival Potret mulai sekarang hingga 31 Ogos 2022 di tingkat G, Sunway Velocity di mana pelanggan yang membeli Reno8 Z 5G berpeluang membawa pulang hadiah percuma bernilai sehingga RM438 termasuk fon telinga TWS percuma bernilai RM109, baucar hotel bernilai RM250 dan bank kuasa bernilai RM79. 

Anda juga akan menerima hadiah percuma tambahan dengan menyertai semua cabaran karnival. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version