Site icon TechNave BM

OPPO sahkan tarikh pelancaran antara muka ColorOS 12 melalui pembantu AI Breeno

ColorOS adalah antara muka yang digunakan oleh telefon pintar OPPO di serata dunia dan juga oleh peranti OnePlus di pasaran China. Buat masa ini, antara muka OPPO yang paling terbaru adalah ColorOS 11. Versi 12 yang berasaskan Android 12 sedang dalam fasa Beta sejak beberapa bulan lalu dan kini ia disahkan akan memasuki pasaran pada 13 September ini.

Tarikh ini telah disahkan oleh pembantu pintar Breeno dari OPPO dan tangkap layar mengenainya telah dimuat naik di Weibo. Pembantu AI tersebut turut memberita waktu pelancaran iaitu pada 3 petang jam tempatan.

Sehingga kini, Google masih belum mengesahkan sebarang tarikh pelancaran untuk perisian Android 12. Perisian ini juga telah berada di fasa Beta sejak beberapa bulan lalu. Jika tarikh pelancaran dari OPPO ini benar, Google dijangka akan melancarkan Android 12 kepada umum sebelum atau pada 13 September ini.

Adakah anda menantikan perisian Android 12? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version