Site icon TechNave BM

OPPO sedang bangunkan telefon lipat dan tablet, bakal dilancar tahun 2022

Pada tahun lepas, OPPO dikatakan mempunyai mendedahkan rancangan mereka untuk membuat telefon lipat terlebih dahulu. Menurut khabar angin, telefon lipat OPPO sepatutnya dilancarkan pada Jun tahun ini, namun sehingga kini masih tiada sebarang maklumat mengenainya.

OPPO sepertinya memandang jauh dalam penciptaan dan reka bentuk telefon. Pada acara baru-baru ini, VP Liu Bo memberi sedikit pendedahan bahawa OPPO sedang dalam usaha membangun telefon yang boleh dilipat. OPPO juga dijangka melancarkan tablet pertamanya dalam penggal pertama tahun 2022.

Menurut Digital Chat Station pada bulan lalu, OPPO sedang mengembangkan ColorOS untuk Tablet dengan dok, widget desktop dan banyak lagi. tablet tersebut dijangka akan bersaing dengan HUAWEI MatePad Pro 12.6.

Komen di Facebook kami dan tunggu berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version