Site icon TechNave BM

OPPO sedang hasilkan telefon lipat, beberapa spesifikasi terdedah

Pada tahun lepas, OPPO telah mendedahkan maklumat bahawa mereka sedang membangunkan telefon lipatnya. Digital Chat Station kini memberi beberapa spesifikasi yang mungkin akan ada pada telefon lipat tersebut.

Menurut sumber, reka bentuk telefon lipat OPPO dilihat lebih kurang sama seperti HUAWEI Mate X2. Ia dilengkapi dengan:

Masih ada beberapa maklumat yang idak jelas mengenai kamera swafotonya sama ada dalam bentuk lubang (punch-hole) atau bawah skrin. Kameranya mungkin hadir dengan tiga tambahan sensor iaitu ultra-lebar, macro dan sensor kedalaman. Ianya mungkin akan dilancarkan pada tahun ini.

Terdapat khabar angin juga mengatakan OPPO dan Google dalam perancangan mempamerkan telefon lipat dan siri Pixel 6. Namun, tiada berita mengenai keluaran peranti tersebut pada bulan Oktober. OPPO turut fokus untuk menambah reka bentuk telefon yang boleh digulung untuk keluaran beberapa tahun lagi.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version