Site icon TechNave BM

OPPO tunjuk teknologi pengecasan di udara dengan telefon gulung OPPO X 2021

Syarikat telefon pintar kini dilihat sedang menuju ke arah pengecasan wayarles sepenuhnya tanpa sebarang sentuhan dari pengecas. Baru-baru ini, Xiaomi telah perkenalkan pengecasan wayarles atas angin mereka yang diberi nama Mi Air Charge.

Terbaru, di acara Mobile World Congress (MWC) Shanghai, OPPO telah menunjukkan teknologi pengecasan di udara mereka menggunakan telefon gulung, OPPO X 2021. OPPO tidak memberitahu sebarang butiran mengenai teknologi ini, namun video demo mereka menunjukkan telefon gulung OPPO X 2021 yang dicas secara wayarles beberapa sentimeter di atas pengecasnya.

https://bm.technave.com/wp-content/uploads/2021/02/Watch-Oppos-new-contactless-charging-tech-in-action-on-its-rollable-phone.mp4

Walau bagaimanapun, teknologi yang ditunjukkan oleh OPPO ini tidak dapat meliputi kawasan yang luas. Ini berlainan dari teknologi Mi Air Charge yang mampu mengecas di udara sejauh beberapa meter dari kerangka pengecas.

Apa pun, kami pasti OPPO akan memberitahu butiran yang lebih lanjut mengenai teknologi wayarles mereka dalam masa yang terdekat.

Adakah anda berminat dengan teknologi pengecasan di udara ini? Berikan komen di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Android Authority

Exit mobile version