Site icon TechNave BM

OPPO umum kerjasama dengan Google, Find X9 jadi peranti pertama dengan integrasi AI

OPPO hari ini mengumumkan kerjasama strategik dengan Google bagi memperkenalkan pengalaman kecerdasan buatan (AI) mudah alih yang lebih peribadi dan selamat. Kolaborasi ini akan dilancarkan menerusi siri OPPO Find X9 bersama sistem operasi ColorOS 16.

Melalui integrasi ini, OPPO memperkenalkan ciri Mind Space iaitu pusat storan digital yang membolehkan pengguna menyimpan teks, imej dan halaman web terus dari skrin menggunakan gerakan tiga jari. Ia turut disepadukan dengan Gemini yang membolehkan pengguna meminta bantuan AI itu menganalisis atau melaksanakan tugasan berdasarkan kandungan tersimpan.

Ia menjadikan pengalaman AI lebih kontekstual dan peribadi mengikut corak penggunaan individu. Selain itu, fungsi Gemini Live membolehkan pengguna berkongsi skrin atau kamera untuk menerima panduan visual masa nyata manakala model penyunting imej Nano Banana pula menyokong suntingan automatik yang kreatif seperti membuang objek atau menambah pencahayaan secara pintar.

Daripada segi privasi, OPPO memperkenalkan AI Private Computing Cloud (PCC) berasaskan Google Cloud Confidential Computing yang memproses data sensitif dalam persekitaran terenkripsi tanpa boleh diakses oleh mana-mana pihak ketiga termasuk OPPO sendiri. Ia menegaskan komitmen syarikat terhadap keselamatan data dalam era AI terbuka.

Sebagai sebahagian daripada pelancaran ini, pembeli Find X9 dan Find X9 Pro akan menerima langganan Google AI Pro selama tiga bulan bersama 2TB storan awan Google Cloud secara percuma. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version