Site icon TechNave BM

OPPO umumkan telefon pintar akan datang bakal dikuasakan oleh Snapgradon 8 Gen 3

Baru-baru ini, OPPO mempersembahkan kerjasama teknologi mereka dengan Qualcomm Technologies Inc, dalam Snapdragon Summit 2023 di Hawaii, Amerika Syarikat. Syarikat itu memperkenalkan inovasi terkini dalam telefon pintar dan peranti yang boleh dipakai termasuk ciri ray tracing berasaskan cipset Snapdragon 8 Gen 3 yang baru.

Kerjasama ini telah mengoptimumkan enjin ray tracing dengan peningkatan kesan visual dalam game seperti pantulan dan lampu brek. Ini telah ditunjukkan dalam projek ray tracing mudah alih pertama OPPO yang melibatkan game mudah alih yang popular, “Nitro Nation World Tour” yang dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8 Gen 3.

Dalam pada itu, syarikat itu mengumumkan bahawa telefon pintar andalan akan datang mereka akan menjadi antara yang pertama yang menggunakan cipset Snapdragon 8 Gen 3. Dengan ‘Inspiration Ahead’, OPPO akan terus bekerjasama rapat dengan Qualcomm Technologies dan pemimpin industri lain untuk mengembangkan teknologi dan menyumbang kepada ekosistem teknologi global.

Beri pendapat anda di Facebook  dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version