Site icon TechNave BM

OPPO, vivo dan Google dikhabar akan lancarkan telefon lipat pertama pada hujung 2021

Selepas Samsung memperkenalkan siri telefon lipat Galaxy Z Flip dan Galaxy Z Fold, lebih banyak syarikat berminat untuk melancarkan peranti lipat mereka sendiri seperti Xiaomi dengan Mi Mix Fold. Kini, dua lagi syarikat China, OPPO dan vivo, dikhabarkan untuk melancar telefon lipat pertama mereka pada suku keempat 2021.

Menurut pakar daripada Display Supply Chain Consultants (DSCC), David Naranjo, beliau telah menyenaraikan senarai telefon yang telah dilancar sejak suku ketiga 2020 serta beberapa telefon yang dijangka akan dilancar pada suku keempat tahun ini. Antara yang menarik perhatian adalah telefon lipat OPPO dan vivo serta telefon Pixel Fold oleh Google.

Selain itu, telefon andalan lain yang dijangka akan dilancar pada hujung tahun ini termasuklah HUAWEI Mate 50 Pro dan Xiaomi Mi 12. Pada tahun lalu, HUAWEI Mate 40 Pro telah dilancar pada bulan Oktober manakala Xiaomi Mi 11 pula dilancar pada bulan Disember, jadi ramalan yang dikongsi oleh Naranjo ini menepati trend tahun-tahun sebelum 2021.

Adakah anda berminat dengan telefon lipat daripada tiga syarikat ini? Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version