Site icon TechNave BM

OPPO Watch 2 dilancar: Skrin AMOLED, 100 muka jam, fungsi eSIM, e-sukan bermula ~RM850

OPPO telah melancarkan siri jam tangan pintar terbaru iaitu OPPO Watch 2 di China, di mana ia dilengkapi beberapa fungsi baru berbanding OPPO Watch sebelum ini, termasuklah penggunaan beberapa aplikasi serentak, mod e-sukan, pemantauan tidur, eSIM dan banyak lagi.

Daripada segi skrin, OPPO Watch 2 dilengkapi skrin AMOLED 3D dengan sempadan bezel yang sangat nipis dan lengkungan di bahagian sisi. Skrin tersebut mempunyai kadar segar semula 60Hz, ketumpatan 326 piksel per inci (PPI) dan gamut warna DCI-P3 sebanyak 100%.

OPPO Watch 2 menampilkan lebih 100 muka jam, manakala fungsi AI Wearing Dial 2.0 pula menggabungkan lebih 135 corak statik dan 20 corak dinamik yang terdiri daripada titik, jalur dan pelbagai tekstur lain. Pemakai juga boleh hasilkan muka jam mereka sendiri, dengan ratusan alat sunting yang boleh digunakan unuk menghasilkannya.

Jam ini juga menyokong fungsi eSIM yang membuatkannya boleh digunakan untuk fungsi komunikasi tanpa perlu bergantung kepada telefon pintar. Lebih 50 aplikasi komunikasi boleh digunakan bersama jam ini termasuklah WeChat, Baidu Maps, NetEase Cloud Music dan banyak lagi.

Untuk fungsi kesihatan pula, ia dilengkapi fungsi pengawasan tahap oksigen dan glukosa dalam darah, pemantauan degupan jantung, waktu tidur serta penilaian dengkuran sewaktu tidur. Ia turut mempunyai fungsi pengesanan jatuh (fall detection) dan panggilan kecemasan dengan satu sentuh.

OPPO Watch 2 dilengkapi dua cipset iaitu Snapdragon Wear 4100 dan Ambiq Apollo4. Jam tersebut boleh menukar penggunaan di antara kedua-dua cipset tersebut menurut aplikasi yang sedang digunakan. Ia juga dilengkapi dua sistem operasi iaitu Real Time Operating System (RTOS) dan Android.

Bateri jam ini boleh bertahan sehingga 16 hari, manakala pengecasannya pula adalah VOOC Flash Charge 2.0 yang boleh cas selama 10 minit untuk penggunaan satu hari penuh. Berikut adalah harga OPPO Watch 2:

Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda beminat dengan OPPO Watch 2 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave CN

Exit mobile version