Site icon TechNave BM

OPPO Watch dilancar di Malaysia: Google WearOS, bateri tahan 21 hari bermula RM899

Terkini, OPPO Malaysia telah melancarkan jam tangan pintarnya yang tersendiri, OPPO Watch dan pakej bersama OPPO Find X2 pro Green Vegan Leather Edition di pasaran Malaysia. OPPO Watch ditawarkan dengan harga RM bersama spesifikasi menarik untuk seutas jam tangan pintar.

OPPO Watch hadir dengan paparan dwi-skrin melengkung fleksibel, skrin AMOLED 1.91 inci beresolusi 402 x 476 dan dioperasikan oleh Google WearOS. Lebih menarik, ia hadir dengan paparan Always-on-Display dan pelbagai spesifikasi baik seperti yang dinyatakan di bawah.

Selain itu, OPPO Watch turut tampil dengan lima sensor untuk mempertingkatkan lagi fungsi kesihatan seperti merekod degup jantung dan bersenam. Penawaran ketahanan baterinya juga adalah baik dimana ia boleh bertahan sehingga 21 hari dalam mod Power Saver.

OPPO Watch menyokong pengecasan pantas Watch OPPO yang mampu mengecas penuh dalam masa 75 minit sahaja. Anda juga boleh menggunakan NFC memandangkan OPPO Watch menyokong NFC.

OPPO Watch boleh didapatkan dengan harga RM899 untuk saiz 41mm, manakala RM1,299 untuk saiz 46mm. Jika anda membelinya hari ini, anda akan mendapat dua utas tali gantian jam tangan bernilai RM199. Jika anda merancang untuk mendapatkan siri OPPO Reno4 bersama OPPO Watch, anda akan mendapat potongan 10% untuk OPPO Watch (tawaran sehingga 2 Oktober).

Dimaklumkan juga, OPPO turut melancarkan pakej OPPO Find X2 Pro dan OPPO Watch Green Vegan Leather Edition berharga RM5,399 dalam satu kotak. Anda boleh membuat pra-tempahan bermula sekarang sehingga Oktober 2020.

Anda boleh menyemak spesifikasi OPPO Find x2 Pro disini dan untuk maklumat lanjut mengenai produk-produk di atas, layari laman Facebook rasmi OPPO.

Produk manakan yang berjaya menambat hati anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version