Site icon TechNave BM

OPPO Watch Free dilancar: Lebih 100 mod sukan, fungsi penjejakan tidur dan e-sukan bermula ~RM355

Selain melancarkan telefon pintar OPPO K9 Pro semalam, OPPO turut melancarkan seutas jam tangan pintar iaitu OPPO Watch Free. Jam tangan ini menawarkan pelbagai fungsi kesihatan namun akan dijual pada harga yang lebih murah berbanding kebanyakan jam tangan pintar lain.

OPPO Watch Free dilengkapi fungsi jejakan untuk lebih 100 jenis sukan. Selain itu, ia juga boleh mengukur tahap oksigen dalam darah (SpO2), kadar degupan jantung serta kualiti tidur pemakai.

Ia juga boleh mengukur kualiti tidur dengan menilai bunyi dengkuran, di mana mikrofon dalam OPPO Watch Free akan merakam bunyi tersebut dan membandingkannya dengan data seperti tahap SpO2 serta degupan jantung untuk menilai kualiti keseluruhan tidur.

Daripada segi spesifikasi, OPPO Watch Free dilengkapi skrin AMOLED 1.63 inci dengan ketumpatan piksel 326ppi (points per inch). Satu lagi fungsi yang menarik adalah mod e-sukan, di mana ia boleh mengukur degupan jantung yang pantas sewaktu bermain game sengit dan akan mengingatkan pemakai untuk berehat jika ia akan menjejaskan kesihatan.

Ia akan dijual pada harga CNY599 (~RM388) untuk varian NFC dan CNY549 (~RM355) untuk varian standard. Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version