Site icon TechNave BM

OPPO Watch, OPPO Find X2 Pro Green Vegan Leather dilancarkan di Malaysia 25 September ini

OPPO Malaysia kini telah mengumumkan tarikh rasmi untuk pelancaran OPPO Watch dan varian OPPO Find X2 Pro Green Vegan Leather di pasaran Malaysia. Untuk pengetahuan anda, kedua-dua produk OPPO ini bakal masuk ke pasaran tempatan secara rasmi pada 25 September 2020.

Terdahulu, OPPO Watch telah dilancarkan di pasaran India (baca di pautan melalui TechNave.com). OPPO Watch hadir dengan skrin melengkung, varian 41mm dan 46mm, serta dioperasikan oleh Android Wear OS yang menyokong aplikasi-aplikasi serasi di Google Play Store.

Sementara untuk OPPO Find X2 Pro varian Green Vegan Leather, anda boleh menyemak spesifikasinya di pautan ini. Apa pun, kami masih ketiadaan maklumat berkenaan varian ROM dan storan yang hadir untuk model ini.

Nantikan berita pelancarannya pada 25 September 2020 melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Exit mobile version