Site icon TechNave BM

‘Orang dalam’ mendedahkan bahawa iPhone 9 bakal hadir pada bulan April ini

Menurut khabar angin terdahulu, Apple bakal mengeluarkan beberapa siri iPhone pada tahun ini termasuklah iPhone versi lebih mampu milik, iPhone 9. Terkini, salah seorang ‘orang dalam’ melalui laman akaun Twitternya telah mendedahkan bahawa iPhone 9 bakal hadir tidak lama lagi.

‘Orang dalam’ ini menyatakan bahawa iPhone bakal dikeluarkan mungkin pada bulan April memandangkan Apple mempertimbangkan tentang pematuhan rakan kongsi dan tekanan ekonomi. Jika ini benar, berkemungkinan pengumumannya juga tidak lama lagi kerana kita sudah berada di penghujung bulan Mac.

Sepintas lalu, iPhone 9 dikatakan bakal hadir dengan cipset A13 Bionic bersama paparan LCD, Touch ID dan pengecasan wayarles. Anda boleh klik pada pautan ini untuk melihat khabar angin spesifikasi yang lepas.

Adakah anda akan menyambarnya? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber | Sumber Gambar

Exit mobile version