Site icon TechNave BM

Oreo lancarkan fon telinga edisi khas seperti biskut Oreo, boleh dapat secara percuma

Siapa sahaja yang tidak pernah menikmati biskut Oreo kegemaran ramai sepanjang zaman? Oreo dan sebuah syarikat Mondelez dilihat melancarkan sebuah promosi. Apa yang menariknya, promosi ini memperlihatkan fon telinga Oreo!

Untuk pengetahuan anda, fon telinga edisi khas biskut Oreo ini boleh didapatkan secara percuma jika anda membeli produk Oreo berjumlah RM25 ke atas. Mungkin syarat ini tidak menjadi masalah untuk penggemar Oreo. Namun, stok fon telinga edisi khas ini adalah terhad!

Anda boleh membelinya dan mendapatkan maklumat melalui laman Mondelez Lazada rasmi. Adakah anda peminat tegar Oreo? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Leesharing

Exit mobile version