Site icon TechNave BM

OUKITEL WP7 dilancarkan: Kamera Infrared Night Vision, pensterilan UVC, 8000mAh bermula ~RM1281

Terdahulu, kami pernah memaklumkan mengenai OUKITEL WP6, sebuah telefon pintar tahan lasak dengan keistimewaan bateri 10,000mAh. Jenama telefon pintar tahan lasak ini sekali lagi melancarkan pelopor seterusnya, OUKITEL WP7 dengan spesifikasinya yang tersendiri.

Jika sebelum ini OUKITEL WP6 mempunyai bateri 10,000mAh sebagai daya penarik utama, berbeza pula dengan OUKITEL WP7. Peranti baharu ini tampil dengan kamera inframerah khas untuk waktu malam yang bernama Infrared Night Vision. Jadi, anda boleh mengambil gambar pada waktu malam walaupun tanpa pencahayaan tambahan.

Bukan itu sahaja, kewujudan kemudahan pensterilan cahaya UVC dan lampu suluh Ultra Flashlight juga merupakan ciri teknologi yang melengkapi keperluan sebuah telefon pintar tahan lasak. Cahaya UVC pada peranti ini dikatakan mampu menyingkirkan mikroorganisma pada pelbagai permukaan.

OUKITEL WP7 hadir dengan cipset MediaTek bersama RAM 8GB dan storan 128GB. Peranti tahan lasak dengan standard Military Grade ini memiliki bateri berkapasiti 8,000mAh yang mampu bertahan seminggu, pengecasan pantas 18W dan sensor cap jari. Tetapan kamera utamanya pula dihuni lensa AI 48MP + 8MP + 2MP. Paparan hadapan 6.53 inci FHD dengan rekaan skrin berlubang dihuni kamera selfie 16MP.

OUKITEL WP7 dipasarkan dengan harga jualan pengenalan bermula USD 299.99 (~RM1281) hingga USD 359,99 (~RM1537) bergantung jika anda ingin membelinya bersama pensterilan UVC atau lampu sulu Ultra Flashlight yang boleh dipasangkan pada peranti. Harga sebenarnya ialah bermula pada USD 499.99 (~RM2135). Kami tidak pasti sama ada anda boleh membelinya secara langsung melalui Ali Express/laman web rasmi OUKITEL atau tidak kerana peranti ini tidak dipasarkan secara rasmi di Malaysia.

Adakah anda berminat dengan telefon pintar tahan lasak sebegini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version