Site icon TechNave BM

Pac-Man Championship Edition 2 ditawarkan secara percuma di PC, PS4 dan Xbox One

Nampaknya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dilaksanakan, gamers mendapat banyak game percuma daripada syarikat-syarikat game besar seperti Ubisoft dan EA. Kini, giliran Bandai Namco pula memberikan game percuma iaitu Pac-Man Championship Edition 2.

Dalam sebuah kenyataan, Bandai Namco menyatakan mereka ingin menghantar ‘duta’ mereka, Pac-Man, ke dalam kediaman semua orang dengan menawarkan game tersebut sehingga 10 Mei ini. Dengan slogan “more fun for everyone”, mereka mengharapkan agar para gamers boleh berseronok dengan Pac-Man sewaktu dunia sedang berjuang melawan wabak COVID-19.

Game Pac-Man itu boleh didapati di Steam, PlayStation Store dan X-Box Live. Beritahu kami di Facebook jika anda akan memainkan game ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Bandai Namco

Exit mobile version