Site icon TechNave BM

PADU tidak terikat dengan Akta Perlindungan Data Peribadi

Menteri Digital, Gobind Singh Deo di Parlimen semalam menjelaskan tanggapan umum yang salah mengenai Hab Pangkalan Data Utama (PADU) berhubung Akta Perlindungan Data Peribadi 2024 (PDPA). Beliau menegaskan PADU tidak terikat dengan PDPA kerana ia mengumpul data warganegara Malaysia untuk membantu dalam pengukuran sosio-ekonomi yang tepat.

Tambahnya lagi, Gobind berkata bahawa PDPA mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial. Sebaliknya, PADU mengandungi data peringkat kerajaan. Oleh itu, ia tidak terikat dengan PDPA.

Bagaimanapun, Menteri Digital menjelaskan bahawa ini tidak bermakna Kerajaan Persekutuan dan Negeri dikecualikan daripada liabiliti atau tanggungjawab dalam mengendalikan data. Gobind menjelaskan terdapat perundangan lain seperti Akta Rahsia Rasmi 1972 dan pekeliling yang mengikat pegawai dan penjawat awam boleh diguna pakai.

Apa pendapat anda tentang kenyataan daripada Gobind? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Bernama

Exit mobile version