Site icon TechNave BM

Pakej 5G Rahmah HONOR 90 Lite 5G: Data Internet 60GB RM60 sebulan mulai 31 Ogos 2023

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil telah memperkenalkan Pakej 5G Rahmah yang menawarkan pakej pelan data mampu milik untuk rakyat Malaysia. Buat masa sekarang, CelcomDigi, Maxis, Unifi Mobile, U Mobile dan Yes telah mengesahkan akan melancarkan Pakej 5G Rahmah. Golongan B40 boleh membeli HONOR 90 Lite 5G pada harga RM120 dan menikmati data Internet 60GB dengan bayaran bulanan RM60 mulai 31 Ogos 2023.

HONOR 90 Lite 5G menggunakan cipset MediaTek Dimensity 6020 5G dan paparan LTPS LCD 6.7 inci dengan resolusi FHD+. Panel ini dilengkapi dengan kadar penyegaran semula 90Hz dan nisbah skrin ke badan 93.6%. Terdapat kamera swafoto 16MP yang terletak pada lubang tebuk atas tengah skrin.

Bahagian belakang memiliki kamera utama 100MP, kedalaman dan lebar 12MP dan makro 2MP. Kapasiti baterinya adalah 4,500mAh yang menyokong pengecasan 22.5W dan boleh didapati dalam warna Cyan Lake dan Midnight Black. Spesifikasi lain termasuk MagicOS 7.1 berdasarkan Android 13, pengimbas cap jari di sisi, pengimbas wajah dan sambungan Wi-Fi 5. 

Ketahui maklumat lanjut tentang HONOR 90 Lite 5G dan promosi lain di laman web rasmi HONOR. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version