Beberapa bulan lalu, kami melaporkan bahawa HBO Max dan Viu akan bergabung bagi menyediakan sebuah pakej streaming khas. Kini, HBO Max & Viu Bundle akhirnya sudah ditawarkan untuk pasaran Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand bagi menawarkan pakej hiburan pertama seumpamanya di rantau Asia Pasifik.
Pakej ini akan ditawarkan untuk para pengguna di Malaysia pada harga RM33.90 sebulan dan ia menggabungkan pelan HBO Max Standard dan Viu Premium dalam satu pakej. Untuk makluman, HBO Max Standard membenarkan dua peranti untuk menonton pada masa yang serentak dalam resolusi Full HD.
Viu Premium pula menawarkan manfaat seperti yang berikut:
- Tonton semua kandungan yang ditawarkan dalam Viu
- Tiada iklan
- Tonton secara luar talian, muat turun tanpa had
- Sarikata bahasa Melayu yang tepat
- Tonton sehingga lima peranti serentak
- Tonton dalam telefon pintar, televisyen pintar, tablet, komputer
- Resolusi Full HD (1080p) dalam semua peranti
Pelanggan HBO Max boleh menonton pelbagai siri televisyen yang popular seperti The Pitt, The Last of Us, IT: Welcome to Derry dan Peacemaker. Anda juga boleh menonton pelbagai filem dan siri televisyen klasik seperti Friends, The Big Bang Theory dan siri filem Harry Potter, serta filem-filem terkini seperti One Battle After Another, The Conjuring: Last Rites, Weapons dan Superman.
Viu pula menawarkan kandungan khas dari pelbagai negara Asia, termasuklah drama-drama Korea seperti Taxi Driver 3, Undercover High School, Running Man (2025), Exchange 4, Moon River dan banyak lagi.
Anda boleh dapatkan pelan ini melalui laman web HBO Max atau Viu. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

