Site icon TechNave BM

Pakej Perpaduan: Pelan data RM30 30GB sah untuk 6 bulan, tersedia mulai 28 Februari ini

Pelan data prabayar Pakej Perpaduan yang lebih murah untuk golongan B40, belia, orang kelainan upaya (OKU), warga emas dan veteran akan tersedia untuk langganan pada akhir bulan ini.

Syarikat telekomunikasi mudah alih utama di Malaysia yang terdiri daripada CelcomDigi, Maxis, Telekom Malaysia, U Mobile dan YTL Communications telah bersama-sama mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan pelan internet mudah alih prabayar khas berkuat kuasa 28 Februari 2023.

Pelan Prabayar Pakej Perpaduan yang diumumkan kerajaan akan menawarkan 30GB kuota data sah selama 6 bulan dengan had kelajuan 3Mbps pada harga RM30. Pelan baharu ini adalah pengganti Pakej Remaja Keluarga Malaysia yang lama.

Pelanggan digesa untuk merujuk laman web syarikat telekomunikasi masing-masing pada 28 Februari 2023 untuk maklumat lanjut mengenai pelan Pakej Perpaduan. Selain prabayar mudah alih, kerajaan juga telah mengumumkan pakej jalur lebar tetap yang lebih murah untuk golongan berpendapatan rendah.

Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap menyediakan jalur lebar berkelajuan tinggi sehingga 30Mbps tanpa had data pada harga RM69/bulan. Pelan ini dijangka akan diperkenalkan oleh penyedia jalur lebar mulai Mac 2023.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version