Site icon TechNave BM

Pakej sewa set gaming oleh Orange Esports Cafe dan Logitech Malaysia bermula dengan harga RM200

Kami tahu anda mungkin dilanda kebosanan di rumah. Ingin bermain game, tetapi tiada kelengkapan gaming yang mencukupi? Orange Esports Cafe dan Logitech Malaysia mendengar rintihan anda. Terkini, anda boleh menyewa kelengkapan gaming dengan pakej daripada ‘PLAY@HOME Rental Initiative’ dan bermain game di rumah sendiri!

Untuk makluman, anda boleh menyewanya selama dua minggu atau secara bulanan. Terdapat dua pakej yang berasingan iaitu Pakej Premium dan Pakej Ultimate (lihat jadual di bawah). Kesemua pakej ini akan dilengkapi pemasangan awal perisian dan game seperti Dota 2, CS:GO, Fortnite, APEX Legends dan PlayerUnknown’s Battlegrounds.

Spesifikasi PCSewa 2 MingguSewa Bulanan
Pakej Premium
(i5 6th, RAM 16GB, Kad Grafik GTX 1050TI, Monitor Gaming BenQ 24”), papan kekunci dan tetikus Logitech.
RM200.00RM350.00
Pakej Ultimate
(i5 6th, RAM 16GB, Kad Grafik GTX 1070TI, Monitor Gaming BenQ 24” 144Hz), papan kekunci dan tetikus Logitech.
RM300.00RM500.00

Jika anda ingin menyambar pakej ini, anda boleh mengunjungi laman Facebook rasmi Orange Esports Cafe. Mereka akan menghantar pakej gaming ini sehingga ke pintu rumah anda (tawaran dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sahaja)! Kepada ahli Orange Esports Cafe, anda akan mendapat baju jersi Orange Esports dan bonus RM50.00 jika anda menambah nilai RM128.00 melalui kempen ‘Anti Virus Top Up’ bermula 26 Mac hingga 31 Mac 2020.

Anda berminat? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version